RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2019

Benelli Best Shop Keenam Kini Dibuka

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jentera Benelli secara rasmi telah melancarkan kedai eksklusif Benelli Best Shop di Sungai Buloh yang keenam di Malaysia pada pertengahan November 2019. Hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah Pengarah Urusan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Dato' Sri Leo Tan Lean Heah, Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En, Asri Ahmad bersama Pengarah Urusan P & U Cycle (M) Sdn Bhd, En. Tan Kien Poh.

Benelli Best Shop Sg. Buloh dimiliki oleh P & U Cycle (M) Sdn Bhd mempunyai ruang pameran yang cukup besar yang disusun kemas dengan model-model Benelli terkini. Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan pusat perkhidmatan lepas jualan, alat ganti tulen dan proses penyelenggaraan motosikal Benelli.

“Benelli Best Shop ini akan memberi kemudahan buat pengguna jentera Benelli di sekitar negeri Selangor untuk mendapatkan perkhidmatan waranti, penyelenggaraan berjadual dan alat ganti tulen. Rangkaian Benelli Best Shop di seluruh Malaysia akan memastikan semua pemilik motosikal Benelli akan mendapat khidmat lepas jualan yang terbaik dan boleh melihat secara dekat model-model terbaru Benelli,” kata En. Asri Ahmad.

Pada hari pelancaran para hadirin berpeluang beramah mesra dengan artis jemputan tanah air iaitu Black Hanifah dan Achey. Acara kemuncak pada hari tersebut ialah sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik!

Best-Shop Sungai Buloh beralamat di Lot 19753, Jalan Kuala Selangor, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Kedai ini beroperasi pada hari Isnin sehingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 7.00malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Benelli Best Shop Sungai Buloh di talian 03-61403873 atau layari laman sesawang Benelli di https://malaysia.benelli.com/ atau laman facebook https://fb.com/ malaysia.benelli. RR
 

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.