RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Februari 2024

Wanita Cedera Kaki Tertusuk Tongkat Motosikal

GEORGETOWN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa lima minit untuk memotong tongkat sisi motosikal yang tertusuk di betis seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Thean Teik, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Muhamad Noor Hisyam, berkata pasukannya dipanggil bagi memotong besi yang tertusuk pada betis mangsa yang berusia 54 tahun itu.

Kredit Foto: JBPM
Kredit Foto: JBPM

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi berikutan kemalangan tersebut yang berlaku di persimpangan lampu isyarat.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan telah membabitkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

"Pemandu kereta berusia 43 tahun tidak mengalami cedera tetapi betis kaki kiri milik seorang wanita dan juga mangsa kemalangan itu didapati tertusuk tongkat sisi motosikal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad berkata, pasukan penyelamat bertindak menggunakan peralatan pemotong hidraulik bagi memotong besi berkenaan.

"Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.