RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Mac 2024

Toprak Razgatlioglu Pamer Aksi Hebat Dengan BMW F900GS

Toprak Razgatlıoğlu, Juara Superbike Dunia FIM 2021 sememangnya seorang jaguh dua roda yang bukan sahaja memiliki kelajuan luar biasa di litar lumba sahaja malah berkeupayaan meluncur dengan cukup tangkas di laluan lasak. Aksi pelumba dari Turki ini dapat kita lihat menerusi gaya beliau mengendalikan jenteranya ketika 'menentang' seorang lagi pelumba iaitu Ayhancan Güven yang memandu sebuah kereta rally.

Saksikan aksi kedua-dua pelumba hebat ini di saluran Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=hDg8GaVglrk&t=3s   atau taip sahaja: BMW F900 GS vs Rally Car: Extreme Canyon Road In

Dengan berlatar belakangkan Latar kawasan pergunungan Dark Canyon yang juga terkenal sebagai salah satu ngarai terdalam di planet ini. Pengambaran dan pemandangan yang dipertontonkan memang cukup epik sekali. Kedua-dua pelumba mengendalikan jentera masing-masing menempuhi satu laluan paling menawan dan menggerunkan dengan 38 terowong berukir dan tebingnya yang menakutkan.

Walaupun di luar zon selesanya, Toprak mempamerkan kawalan menakjubkan ke atas F900GS seberat 226 kg. Dengan mudah Toprak melakukan drift berkelajuan tinggi, wheelie, stoppie dan lompatan yang mendebarkan sepanjang video. Toprak menyatakan: “Menunggang jentera seperti ini di kawasan ngarai sangat berbeza dengan menunggang di litar. Jentera tunggangan saya terlalu berat untuk melakukan stoppie, dan ia bukan tempat yang mudah untuk ditunggang; namun, semuanya adalah pengalaman yang menarik untuk saya.”

Jentera kembara lasak BMW telah beberapa kali meraih kemenangan rally Dakar dan perlumbaan offroad yang lain. Kemenangan pertamanya ialah pada tahun 1981, apabila Hubert Auriol melintasi garisan penamat dengan BMW R80 G/S, model yang sama muncul juara sekali lagi pada tahun 1984, dan dalam dua edisi berikutnya. RR

​

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.