RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 April 2024

Tunggang Uji Ringkas Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street 125 EX

Suzuki Malaysia telah mengadakan sesi tunggang uji bersama pihak media baru-baru ini dengan menampilkan dua buah skuter terbaru mereka iaitu Suzuki Avenis 125 dan Burgman Street 125 EX. Acara tersebut diadakan di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam dan dimeriahkan dengan kehadiran pengurusan tertinggi Suzuki Malaysia iaitu En. Awalludin Mohamed Lip, Timbalan Pengurus Besar, Suzuki malaysia dan En. Leong Kam Yew, Pengurus Jenama, Suzuki Malaysia.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan ringkas oleh En. Awalludin diikuti dengan sesi taklimat produk yang memberi tumpuan kepada ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh kedua-dua skuter terbaru itu. Peserta konvoi (pihak media) kemudiannya diberi pencerahan mengenai jadual dan pemilihan laluan untuk perjalanan hari itu.

Saya memulakan sesi tunggang uji dengan menaiki menunggang Burgman 125. Bentuk luarannya nampak moden dan mewah dengan kemasan lampu-lampu LED dan ruang kokpit yang ringkas tetapi mantap. Panel meter skuter ini jenis digital dengan paparan informasi penting yang cukup jelas. skuter baru ini turut didatangkan dengan soket USB.

Posisi menunggangnya yang tegak serta ruang lantai pemijak yang luas merupakan faktor penting untuk tujuan keselesaan serta pengendalian yang mudah. Burgman ini juga didatangkan dengan ruang menyimpan bersaiz 21.5 liter tetapi ketika saya mengujinya, topi keledar GIVI yang saya pakai tidak dapat disimpan di dalamnya.

Burgman 125 dipadankan dengan tayar hadapan bersaiz 90/90-12 54J Tubeless, belakang 100/80-12 56J Tubeless berserta sistem saspensi (teleskopik - depan dan lengan ayun - belakang) yang menyerap segala hentakan dengan baik. Jalan-jalan yang kami lalui tidak semuanya cantik, ada juga sesetengah laluan yang berbonggol atau tidak rata tetapi langsung tidak mendatangkan ketidakselesaan buat kita.

Untuk disesuaikan dengan kegunaan di bandar-bandar, Suzuki telah melengkapkan model ini dengan sistem Engine Auto Stop-Start. Dengan adanya sistem ini, enjin akan 'dimatikan' secara automatik apabila enjin berada dalam keadaan melahu. Sebaik sahaja kita memulas pendikit, sistem ini akan dinyahaktif dan ianya direka adalah untuk penjimatan bahan api. Skuter Burgman ini juga menampilkan ciri tambahan Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-a), Suzuki Easy Start dan Suzuki Silent Starter System.

Harga asas untuk Burgman Street 125 EX ini ialah RM7,500 dengan dua pilihan warna yang eksklusif iaitu Pearl Moon Stone Grey dan Metallic Mat Black.

Sampai 'Check Point' seterusnya, saya menukar jentera dengan menaiki Avenis yang menawarkan rekabentuk lebih ranggi dan lebih sporty. Model ini cukup lincah, sesuai dengan gelarannya ' The Urban Arrow'. Seperti Burgman, Avenis dikuasakan oleh enjin bersesaran 125cc, SOHC, satu silinder, sistem penyejuk udara dengan kuasa maksimum 8.7PS pada 6,750rpm dan tork 10Nm pada 5,500rpm (Burgman 125 turut memiliki hantaran kuasa dan tork yang sama).

Panel meternya juga jenis digital dengan paparan yang kemas dan bahagian kepala pula direka dengan gaya yang cukup sporty. Avenis turut dilengkapkan dengan lampu-lampu jenis LED, ruang barang 21.8 liter dan soket USB. Untuk dipadankan dengan konsep, ‘On-The-Go’, penutup inlet bahan api yang diletakkan di bahagian luar belakang pelana. Nampak unik juga lah!

Kuasa membrek juga boleh diberi pujian, tak mengecewakan.  Cuma bahagian lantai pemijak agak kecik untuk orang berkaki besar macam saya (saiz kasut 10.5") tetapi ruang antara bar hendal dan lutut masih luas.

Suzuki Avenis 125.
Suzuki Avenis 125.

Saiz tangki bahan api untuk Burgman 125 ialah 5.5 liter manakala Avenis pula kecil sedikit, 5.2 liter. Terdapat tiga pilihan warna untuk Avenis ini iaitu Metallic Matte Fibroin Grey/Metallic Lush Green, Metallic Matte Black/Glass Sparkle Black dan ‘Edisi GP’ Metallic Sonic Silver/Triton Blue. Harga asas untuk Avenis 125 ialah RM6,980 (varian std) dan edisi GP RM7,200.

Suzuki Burgman Street 125 EX.
Suzuki Burgman Street 125 EX.


Kami di RR berjanji akan memberikan maklumat lebih terperinci mengenai kedua-dua model ini sebaik sahaja unit tunggang uji disediakan oleh pihak Suzuki Malaysia nanti. Sehingga jumpa lagi! RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.