RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Mei 2024

Konvoi 'High Speed Hill Journey' Bersama Pengedar Yamaha Taiwan

Seramai 13 wakil pengedar dan pemilik Yamaha dari Taiwan telah menikmati pengalaman menunggang di Malaysia baru-baru selama 4 hari 3 malam dengan jarak perjalanan sejauh 1,050 kilometer.

Jalinan niaga di antara pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha Motor Taiwan dan para pengedar jenama ini dikukuhkan menerusi penganjuran konvoi 'High Speed Hill Journey' dari Kuala Lumpur – Cameron Highlands – Pulau Pinang - Genting Highlands pada 18hb hingga 21hb April yang lalu.

Konvoi 'High Speed Hill Journey' disertai oleh 13 orang peserta dari Taiwan (pengedar dan pelanggan) yang ditemani oleh sembilan orang dari pihak HLYM yang terdiri daripada kakitangan HLYM dan para pengedar. Para peserta konvoi diberikan pilihan pelbagai jenis model seperti Yamaha Tracer, MT-09, X-Max 250 dan T-Max.

Untuk mengawal pergerakan dengan lancar dan selamat, seramai tujuh orang krew marshal terdiri daripada pengedar Yamaha Motor Malaysia telah diberikan tanggungjawab, diketuai oleh En. Lee Chan Wee, Ketua Bahagian Pemasaran HLYM sekali 'Lead Marshal.

Perjalanan selama 4 hari itu merangkumi laluan-laluan bandar, luar bandar dan di lebuhraya. Menurut En. Lee Chan Wee, pemilihan destinasi dan laluan perjalanan adalah untuk memberikan pengalaman menarik buat para peserta dari Taiwan yang buat pertama kalinya menunggang di Malaysia.

Tahniah En. Willson & Ms. Jia Jing.
Tahniah En. Willson & Ms. Jia Jing.

“Jalan berselekoh/mendaki seperti dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands dan laluan lurus di lebuhraya sememangnya disukai oleh setiap peserta dari Taiwan. Di sini, kita dapat memecut laju sedikit berbanding di negara mereka dan itu benar-benar membuatkan kesemuanya teruja,” kata En. Chan Wee.

“Selain itu, mereka (peserta Taiwan) juga berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan tempatan kita seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Roti Tisu, Telur Separuh Masak, Milo Ais dan lain-lain,” tambah beliau.

Namun begitu, para peserta konvoi terpaksa berdepan dengan sedikit ujian seperti hujan yang lebat, kesesakan lalu lintas yang menjadikan perjalanan kali ini lebih 'berwarna.

Antara kenangan paling manis yang dapat dikongsikan ialah 'Lamaran Perkahwinan' oleh En. Willson kepada tunangnya Ms Jia Jing sewaktu dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands. Kami dari RR ingin mengucapkan 'Tahniah' atas lamaran itu.

Para peserta juga dapat menikmati kedinginan waktu padi di Ladang the Boh, Sungai Palas, keunikan alam pergunungan di Tasik Cermin, Ipoh dan hembusan angin laut ketika menaiki feri di Pulau Pinang.

Perjalanan paling jauh ialah pada hari ketiga iaitu dari Pulau Pinang ke Genting Highlands yang sejauh 400 kilometer. Selepas berehat dan bermalam pusat peranginan di sana, para peserta kembali ke Ibu Pejabat HLYM di Sungai Buloh dan berlepas pulang ke Taiwan pada hari yang sama. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.