RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Mei 2024

CFMOTO 800NK Menang 'Product Design' Terbaik di Anugerah Red Dot

CFMOTO 800NK telah dinobatkan sebagai model terbaik dalam kategori Rekaan Produk dalam anugerah antarabangsa berprestij, Red Dot Design Award 2024. Model jalanan 800NK ini menampilkan rekacipta moden yang inovatif, luar biasa dan unik telah menerima pujian tinggi daripada para panel hakim antarabangsa.

Ini juga merupakan sejarah buat CFMOTO sebagai pengeluar motosikal pertama China yang menerima pengiktirafan yang begitu tinggi.

CFMOTO 800NK hadir dengan enjin silinder berkembar, DOHC dan sistem penyejuk cecair yang mempunyai kuasa maksimum 74kW pada 9,500rpm dan tork 81Nm pada 8,000rpm. Rekabentuknya yang cukup menawan hadir dari setiap sudut. Sistem pencahayaan dari depan, sisi hingga ke belakang menggunakan lampu jenis LED yang terang dan tajam.

Model ini juga dilengkapkan dengan paparan meter TFT tanpa wayar bersaiz 8 inci, sistem kemas kini OTA (Over-The-Air), brek-brek jenis cakera beserta ABS, berat 186kg dan tangki bahan api seluas 15 liter.

Pandangan sisi dimantapkan dengan fork hadapan jenis USD daripada jenama KYB yang dipadankan dengan sistem saspensi belakang yang didatangkan dengan penyerap hentak tunggal boleh laras.

Model ini telah pun berada dalam pasaran negara. Ia dilancarkan pada tahun 2023 pada harga RM38,888 dengan dua pilihan warna iaitu Zircon Black dan Nebula White.

Anugerah Red Dot, diasaskan di Jerman pada tahun 1954, lebih 60 tahun yang lalu. Lebih 20,000 penyertaan dari 70 negara di seluruh dunia bersaing untuk anugerah ini di setiap tahun. Terkenal dengan kriteria pemilihan yang ketat dan adil, Anugerah Red Dot juga digelar sebagai "Oscar" dunia rekabentuk dan merupakan salah satu pengiktirafan yang paling berpengaruh di seluruh dunia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.