RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Mei 2024

Beli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi & Berpeluang Menang GSX-S1000GX

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2024 di Maeps, Serdang, Suzuki Malaysia menganjurkan peraduan Cabutan Bertuah Tiket Emas Extravaganza Suzuki. Dengan hanya membeli model Suzuki  GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi, para pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM300,000. Peraduan ini bermula dari 21hb Mei hingga 31hb Ogos 2024.

Setiap pembelian yang layak, pelanggan akan menerima slot cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah utama berupa model kembara supersport iaitu Suzuki GSX-S1000GX. Manakal lima pemenang yang lain bakal menikmati percutian eksklusif 4 hari 3 malam ke Suzuki Plaza di Hamamatsu, Jepun. Bagi Sepuluh pemenang berikutnya menerima hadiah berupa basikal model Bottecchia 8-Avio dari Itali. Selain itu, terdapat juga hadiah sagu hati yang ditawarkan.

Prosea cabutan bertuah dan hadiah akan diumukan pada acara perhimpunan Suzuki Familia di Suzuki Monsoon Getaway 2024 akan datang. Menariknya, ahli Suzuki Familia yang hadir pada perhimpunan tahunan itu turut berpeluang memenangi satu lagi model Suzuki eksklusif sebagai hadiah utama bagi acara tersebut.

Suzuki GSX-S1000GX
Suzuki GSX-S1000GX

Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat peraduan, sila layari laman web utama Suzuki di http://www.suzuki.com.my, wakil pengedar Suzuki di seluruh negara, atau saluran rasmi media sosial Suzuki Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.