RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Jun 2024

Maut Ketika Beri Laluan Kepada Ambulans

MELAKA - Seorang penghantar makanan maut dirempuh kereta ketika memberi laluan kepada ambulans di Jalan Padang Jambu di sini, pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu menyebabkan mangsa, Hilmi Saleh, 31, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan sebuah Proton Wira yang dipandu warga emas berusia 65 tahun dari arah Pengkalan Batu.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit mahu melintas ke hadapan menghala ke arah Jalan Padang Jambu bagi memberi laluan kepada ambulans yang datang dari arah sama.

"Manakala pemandu Proton Wira dan pemandu Honda Civic berusia 50 tahun masing-masing sakit di bahagian dada serta cedera di leher," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

"Pihak polis sedang mengesan saksi kemalangan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.