RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Jun 2024

Pra-tonton QJMOTOR SRK400 - Bakal Masuki Pasaran Global Tahun Ini?

Kod rasmi untuk model ini ialah QJ400GS-16R, dan berkemungkinan besar nama pasarannya ialah SRK400RR yang lebih ringkas dan lebih sesuai. Jentera sport baru dari QJMotor ini belum lagi dilancarkan secara rasmi dan spesifikasi penuh untuknya juga belum ada, apapun.....SRK400RR menawarkan enjin yang berkuasa 76.5 hp, ya lebih padu daripada Kawasaki ZX-4RR.

Laju maksimum dinyatakan mencecah 220km/j dan pergerakan jentera ini dikawal oleh kerangka jenis keluli, lengan ayun aluminium dan fork jenis USD 'berkemungkinan jenis Marzocchi memandangkan syarikat QJMotor sudah berkolaborasi dengan jenama tersebut. Seperto model-model lain keluaran QJMotor, sistem brek jenis cakera hadir bersama sistem ABS.

Rekabentuk model ini berinspirasikan model konsep QJMotor Ten78 yang dipertontonkan di EICMA tahun lalu. Rekabentuk model konsep Ten78 adalah idea bekas 'Boss' Bahagian Rekabentuk MV Agusta and Benelli, Adrian Morton.

Asasnya, Ten78 juga menggunakan enjin MV Agusta - 1,078cc, 4-silinder yang digunakan sebelum ini pada model F4. Ciri-ciri paling unik pada Ten78 ini seperti bentuk lampu LED pada bahagian depan yang kini digunakan pada model SRK400RR. QJMotor SRK400RR juga memastikan jentera ini lebih ringan, hanya 176kg berbanding Kawasaki ZX-4RR yang seberat 188kg.

Kalau kita lihat pada rekaan cermin sisinya 'rujuk unit warna merah', mungkin pihak QJMotor kelak akan memilih sama ada lampu isyaratnya akan dipasang bersepadu dengan cermin sisi atau diletakkan di sisi fairing. Kita hanya akan tahu apabila ia dilancarkan nanti yang dikatakan pada penghujung tahun 2024 ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.