RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Julai 2024

'Superman' Lapar Kena Tahan!

KLANG - Aksi bahaya penunggang motosikal di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) yang berlumba dengan aksi 'Superman' menerima padah apabila berjaya diberkas.

Enam penunggang motosikal itu ditahan secara berasingan bermula kira-kira jam 1.20 pagi menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, mereka dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri serta 'superman'.

Katanya, selain penahanan kesemua lelaki berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ini, polis turut menyita motosikal mereka untuk tindakan lanjut.

"Soal siasat awal mendapati kesemua mereka dikatakan menetap di sekitar Klang dan dalam perjalanan ke sebuah kedai makan di Shah Alam.

"Pada masa sama, mereka turut menguji kelajuan motosikal dengan melakukan aksi berbahaya," katanya.

Beliau berkata, selain itu, JSPT turut mengeluarkan empat saman atas kesalahan tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan tiada lesen memandu.

Jelasnya, operasi sehingga jam 4 pagi itu bertujuan membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Tegas Mohd Nasri, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan dan operasi akan terus dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.