RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Julai 2024

Vespa Day 2024: Sambutan Penuh Kemeriahan Jenama Ikonik Dunia!

Vespa Malaysia telah menganjurkan festival istimewa penuh meriah iaitu 'Vespa Day' baru-baru ini khusus untuk para peminat, pemilik, pengumpul dan pencinta Vespa di seluruh negara.

Penganjuran hari itu diserikan oleh Encik Simone Niccolai, Pengarah Urusan, Piaggio Asia Pasifik dan rakan niaga dari negara lain yang berkongsikan minat mereka tentang skuter ikonik itu.

Kehadira para VVIP memeriahkan lagi Vespa Day 2024.
Kehadira para VVIP memeriahkan lagi Vespa Day 2024.

Acara yang diadakan di Base KL Sungai Besi itu dipadatkan dengan pelbagai aktiviti, muzik serta peluang untuk melihat pelbagai model Vespa terkini dan koleksi-koleksi klasik.

Sejak penubuhan jenama ini pada tahun 1946, Vespa telah berada megah di pasaran dua roda dengan melambangkan gaya Itali, inovasi dan kebebasan. Vespa Day merupakan satu penghargaan dan penghormatan kepada jenama lagenda ini yang telah dan sentiasa memberikan inspirasi buat pencinta dua roda di seluruh dunia.

Vespa Day juga saat dan masa terbaik buat seisi keluarga dengan adanya aktiviti dan hiburan termasuk kanak-kanak. Si cilik akan menikmati sesi mewarna, melukis dan permainan interaktif yang memastikan senyuman dan ketawa di sepanjang masa.

Sorotan Acara di Vespa Day 2024:

Vespa Parade: Jalanan di Kuala Lumpur meriah dengan kehadiran lebih daripada 2,000 buah Vespa yang menyusuri bandar. Konvoi kali ini menghimpunkan penunggang dari seluruh negara yang hadir dengan gaya dan keunikan berbeza.

Pameran Vespa Vintaj: Para hadirin sudah pasti mengagumi koleksi-koleksi Vespa klasik yang merangkumi sejarah penciptaan dan evolusi dari model 1958 kepada model Edisi Terhad kontemporari.

Pameran Model Terkini Vespa: Rangkaian lengkap dari 300cc hingga 125cc dipaparkan khas buat tatapan pencinta Vespa. Semestinya model 'special' Vespa Sprint & Primavera 2024 serba baru yang merupakan gabungan rekabentuk 'Abadi Sepanjang Zaman' + sentuhan moden/terkini dan dipadankan dengan komponen berteknologi terkini.

Muzik 'Live' dan Hiburan: Suasana pesta dan kegembiraan ditawarkan dengan persembahan secara langsung 'Live' daripada kumpulan muzik dan penghibur tempatan yang menambahkan lagi kemeriahan pada hari itu.

Gerai Makanan dan Minuman: Para hadirin juga dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman yang lazat daripada vendor tempatan. Ya! Ini dapat memupuk semangat kemasyarakatan seperti mana yang diimpikan dan ditekankan pada Hari Vespa. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.