RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2018

Kursus Kawasaki Safety & Responsible Riding

Demi memberikan pendedahan mengenai aspek keselamatan dan cara menunggang yang betul, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) telah menganjurkan sebuah program iaitu Kursus Kawasaki Safety & Responsible Riding (KSRR). Program ini adalah penganjuran pertama KMSB dengan kolaborasi bersama Kawasaki Heavy Industri Ltd., dan K-Tec Corporation Japan.

Sasaran utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan kesedaran mengenai keselamatan dan pihak KMSB percaya usaha ini akan menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan pengguna motosikal. Ini selaras dengan usaha yang selama ini telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi lain seperti JPJ, JKJR, PDRM dan lainlain demi keselamatan para penunggang motosikal.

Menurut KMSB, kursus ini direka khusus buat para pemilik Kawasaki untuk mempelajari pengawalan jentera dengan penuh tumpuan, berkeyakinan dan selamat. Melalui sesi latihan teori dan praktikal, para peserta turut akan berkongsi cara-cara mengendalikan motosikal dengan menggunakan kemahiran fizikal dan mental ketika menunggang di jalan raya.

Untuk melancarkan kursus ini, KMSB mempunyai beberapa orang tenaga pengajar yang dilatih dan diiktiraf oleh K-Tec dan Kawasaki Japan. Pada hari tersebut, jurulatih dari KMSB terdiri daripada Mohd Sofian, Ahmad Nor Afzal, Muhd Akmal dan Zulhilmi yang bertanggungjawab untuk memastikan para peserta mendapat ilmu mengenai cara-cara asas pemeriksaan motosikal, teknik kawalan jentera dan tunggangan dengan betul.

Buat masa ini, KMSB memberi tumpuan untuk menganjurkan program seperti ini di beberapa lagi lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan sudah pasti mempunyai perancangan untuk memperluaskan usaha murni ini ke seluruh negara.

KMSB ternyata cukup komited dalam usahanya untuk membantu pengurangan kadar kemalangan motosikal di negara kita. Merujuk kepada statistik selama 10 tahun iaitu dari 2007 hingga 2016, jumlah kemalangan maut di Malaysia mencecah kepada 73,954 kes dan 63% daripadanya terdiri daripada para penunggang motosikal. Daripada laporan tersebut, 80% kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian manusia seperti melanggar lampu isyarat, menunggang melebihi had kelajuan yang dibenarkan, memotong 'Q', memintas kenderaan di garisan berkembar, menggunakan telefon ketika menunggang dan menunggang di laluan kecemasan.

Pada hari tersebut, seramai 10 orang pemilik jentera Kawasaki telah diberi tunjuk ajar cara-cara memeriksa jentera masingmasing, kadar kehausan brek, cara mengangkat motosikal tumbang dengan betul, pengendalian jalanan berselekoh, posisi menunggang dan banyak lagi.

“Kesemua peserta menggunakan jentera mereka sendiri. Ini membolehkan mereka membiasakan diri dalam segala perkara yang dipelajari pada hari itu dan akan lebih bertanggung jawab pada motosikal sendiri. Aspek paling penting ialah keselamatan dan ketanggungjawaban yang akan memastikan seseorang penunggang itu untuk berada di jalanan dengan lebih baik, disiplin dan selamat,” kata En. Mohd Sofian Kamal, Ketua Jabatan Safety Riding KMSB.

Para peserta yang ingin menyertai KSRR juga perlu menyediakan pakaian menunggang yang lengkap seperti topi keledar, jaket, seluar menunggang, sarung tangan dan but/kasut menunggang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web KMSB http://kawasaki.com.my dan laman FB: Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.