RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Julai 2024

Mforce Umum Tiga Warna Baru Untuk SM Sport 110R

SM Sport 110R telah diperkenalkan pada tahun 2021, sejak dari itu Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sentiasa memperbaiki dan mengutamakan kualiti bagi memberi kepuasan buat para pelanggannya. Baru-baru ini Mforce telah melancarkan tiga warna terbaru untuk model SM Sport 110R iaitu Hijau, Merah dan Biru Muda.

Model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 109cc, satu silinder, 4-lejang, 2 injap dengan sistem penyejuk udara. Enjin 4-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 5.0kW pada 7,500rpm dan tork 7.6Nm pada 4,500rpm. Berat keseluruhan adalah 104kg agar pengendaliannya lebih sempurna serta menawarkan keselesaan yang baik.

Untuk tampak lebih moden, lampu isyarat di hadapan dan belakang didatangkan dengan pencahayaan jenis LED. Turut menampilkan lampu Daytime Running Light (DRL) yang lebih terang.

Paparan meternya adalah jenis analog yang memaparkan info-info penting seperti tahap kelajuan, kedudukan gear, odometer dan bahan api. Ciri-ciri lain yang disempurnakan pada model ini antaranya brek hadapan jenis cakera, tinggi pelana 768mm, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakag, soket pengecas USB dan sistem Rotary Gear.

SM Sport 110R 2024 ditawarkan pada harga asas bermula RM4,199 (tanpa pendaftaran & cukai jalan) dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Model ini sudah boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia. RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.