RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Julai 2024

Heavy Gray Metallic You, Warna Terbaru Honda Gold Wing

Jentera kembara mewah, Honda Gold Wing kini tersedia di pasaran negara dengan skima warna baru yang lebih anggun iaitu Heavy Gray Metallic You atau bahasa mudahnya, warna Kelabu. Para peminat motosikal dan pelanggan dijemput berkunjung ke pusat pengedar sah Honda BigWing di seluruh negara untuk melihat jentera ini dengan lebih dekat.

Honda Gold Wing merupakan antara jentera pengembaraan eksklusif yang menawarkan kemewahan, enjin yang mantap dan tahap kemodenan yang terdapat padanya. Gold Wing memiliki enjin bersesaran 1,833cc, 6 silinder, SOHC, 24 injap yang mampu menjanakan hantaran kuasa setinggi 93kW pada 5,500rpm dan tork 170Nm pada 4,500rpm.

Model ini juga merupakan jentera generasi ke-7 yang menggunakan sistem Dual Clutch Transmission (DCT) 7 kelajuan. Setiap gear dapat digunakan dengan lancar dan senyap. Antara sistem elektronik yang terdapat pada model ini ialah Mod Tunggangan (Tour, Sport, Econ & Rain), Idling Stop & Integrated Starter Generator, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan lain-lain.

Antara ciri-ciri menarik lain yang dimiliki oleh Gold Wing ini ialah:

  • Panel meter TFT 7-inci
  • Sistem Android Auto, Apple CarPlay
  • sistem sambungan Bluetooth
  • Lampu-lampu LED
  • Ruang barang yang luas
  • Posisi dan rekabentuk pelana pembonceng yang selesa

Harga untuk Honda Gold Wing baru ini ialah sekitar RM212,888 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Para pelanggan juga boleh menikmati waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.