RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Ogos 2024

Sanggup Merbahayakan Nyawa Untuk Elak Sekatan Jalan Raya

Sejak semalam tular satu video dalam media sosial di mana ratusan penunggang motosikal yang menunggang secara lawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam.

Dalam video berdurasi selama 38 saat itu memaparkan lorong di bahagian kanan dan kiri lebuh raya dipenuhi oleh penunggang motosikal yang melawan arus sehingga mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri malah buat pengguna jalan raya yang lain

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, pihaknya terkesan dengan video yang tular dan melalui hasil siasatan mendapati ia berlaku ketika operasi kira-kira jam 7 petang pada hari Ahad lalu.

Ratusan penunggang motosikal yang melawan arus didapati bagi mengelakkan daripada ditahan polis yang sedang melakukan Op Samseng Jalanan pada ketika itu.

Dalam operasi berkenaan, pihaknya menahan seorang penunggang motosikal mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

"Kami mengingatkan semua penunggang jalan raya supaya tidak bertindak di luar jangkaan yang boleh merbahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain," tambahnya. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.