RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Ogos 2024

Honda Vario 125 Tampil Dengan 4 Warna Terbaru

Boon Siew Honda hari ni memperkenalkan 4 warna terbaru untuk Vario 125 yang terdiri daripada Magenta, Hitam, Perak dan Merah.

Merah.
Merah.

Honda Vario merupakan sebuah jentera automatik yang cukup sesuai untuk tunggangan di dalam bandar. Ia hadir dengan enjin 4 lejang, sistem sejukan cecair yang memiliki tenaga cukup mantap iaitu 8.6kW pada 8,500rpm dan tork 11.7Nm pada 5,000rpm.

Silver.
Silver.

Skuter ini juga Diperakui sebagai 'Energy Efficient Vehicle' (EEV) yang menggabungkan kecekapan bahan api dan prestasi enjin cemerlang. Vario 125 turut didatangkan dengan Sistem Kunci Pintar, Penggera Anti-Kecurian, sistem 'Answer Back' dan ruang simpanan yang luas.

Panel meter Vario ini jenis LCD 'full digital' dengan paparan sangat jelas untuk semua jenis cuaca dan diakreditasi dengan '3 Bintang' daripada Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP). 

Antara ciri-ciri menarik lain:

  • sistem brek jenis 'combi'
  • soket pengecas USB dalam ruang simpanan barang
  • sistem pencahayaan LED
  • kotak utiliti bersaiz 18 liter
  • Tayar yang lebih lebar
  • sistem Idling Stop
  • Ppengunci brek parkir
  • tempat penyangkut
Black.
Black.

Miliki model ini pada harga asas RM7,268 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Dengan setiap pembelian, para pemilik Vario 125 layak menerima waranti untuk tempoh 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu).

Kunjungi Honda Impian X terdekat anda untuk melihat Vario 125 berwarna baru ini dengan lebih dekat. Para pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol Honda iaitu 1-800-88-3993. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.