RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Ogos 2024

Boon Siew Honda Perkenalkan Platform Digital 'Honda X'

Boon Siew Honda telah memperkenalkan platform digital terbarunya iaitu 'Honda X' yang dibangunkan khusus buat para pemilik motosikal Honda di seluruh negara. Menerusi platform ini, para pengguna dapat menikmati pelbagai manfaat yang disediakan. Honda X boleh diakses melalui laman sesawang Boon Siew Honda, https://boonsiewhonda.com.my/. Tujuan platform digital ini adalah untuk menawarkan pengalaman lebih lancar dan interaktif buat komuniti Honda.

Berikut merupakan beberapa kemudahan dan manfaat yang ada di 'Honda X':

Tempahan Penyelenggaraan Motosikal - Melalui platform ini, para pengguna boleh menempah tarikh servis motosikal di Honda Impian X atau Honda BigWing secara online.

Notifikasi - Para pemilik juga akan dimaklumkan dengan peringatan servis seterusnya bagi pengguna berdaftar agar jentera sentiasa dalam keadaan yang baik. Selain itu, pengguna turut menerima notifikasi berkenaan dengan berita terkini, promosi dan kempen yang akan muncul di telefon bimbit pengguna berdaftar ketika Log masuk 'Honda X'.

User-friendly Interface - Halaman utama menampilkan ciri Swipe-able pada banner yang memaparkan berita terkini Honda termasuk pelancaran produk, event akan datang dan promosi semasa. Pengguna boleh Swipe banner ke kiri dan ke kanan untuk melihat maklumat yang dipaparkan. Dengan hanya menekan pada banner di halaman utama, pengguna akan terus ke pautan yang ditetapkan untuk mengakses kandungan dengan lebih mudah dan cepat.

Menu interaktif di Honda X menawarkan akses kepada 14 pilihan yang meliputi pelbagai fungsi untuk meningkatkan pengalaman pengguna serta boleh mengemaskini maklumat profil, Track Vehicle Ownership dan kemaskini tentang produk terkini. Menerusi paltform ini terdapat juga petua keselamatan, maklumat berkaitan waranti, soalan lazim serta sokongan pelanggan.

Honda X adalah satu peristiwa penting untuk komitmen Boon Siew Honda dalam meningkatkan pengalaman dan penglibatan pelanggan. Dengan adanya platform digital ini, kami akan memastikan maklumat dapat disampaikan dengan apa yang mereka perlukan.

Menariknya, pengguna motosikal Honda yang mendaftar dari 30hb Ogos sehingga 30hb September layak menikmati diskaun 10% bagi pembelian minyak enjin Honda (sementara stok masih ada). Caranya  mudah sahaja, pelanggan perlu menunjukkan akaun 'Honda X' di mana-mana Honda Impian X atau Honda BigWing untuk menebus promosi tersebut. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.