RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Oktober 2024

Beli Honda RS-X, Boleh Claim Touch 'n Go e-Wallet Bernilai RM300

Berita gembira di mana Boon Siew Honda (BSH) telah menganjurkan kempen 'Beli Honda RSX dan Dapatkan RM300 Touch 'n Go e-Wallet' secara percuma.

Untuk menyertai kempen ini amat mudah. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Peserta hanya perlu membeli model Honda RS-X terlebih dahulu di mana-mana Impian X atau pusat pengedar Honda yang sah dan mendaftar kenderaan tersebut sepanjang tempoh kempen dari 7hb hingga 31hb Oktober 2024.
  2. Daftar akaun di paltform digital 'Honda X' melalui QR Kod atau layari http://hondax.boonsiewhonda.com.my/ dan ikuti cara mendaftar seperti gambar di bawah. Sila masukkan nombor telefon yang didaftarkan sama seperti di aplikasi Touch 'n Go e-Wallet untuk tuntutan hadiah.
  3. Pastikan semua butiran dan maklumat motosikal adalah tepat semasa log masuk pertama kali di platform 'Honda X'

Pihak penganjur akan mengesahkan setiap penyertaan dan menghantar arahan kepada TNG Digital Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah yang akan dikreditkan terus ke akaun Touch 'n Go peserta yang layak.

Secara ringkas berkenaan Honda RS-X, model ini didatangkan dengan enjin satu silinder, DOHC beserta sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi enam kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.

Selain diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), Honda RS-X turut menerima penarafan lima bintang penilaian keselamatan motosikal MyMAP.

Antara kelengkapan lain adalah paparan meter LCD, lampu-lampu LED, suntikan bahan api PGM-Fi, tangki bahan api 4.5 liter, dan berat 122kg.

Bagi mereka yang sedang mencari motosikal, inilah peluang anda untuk menikmati RM300 TnG e-Wallet secara percuma. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.