RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Oktober 2024

LCR Honda Fan Enduro Day!

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pengeluar aksesori motosikal GIVI sekali lagi akan menganjurkan konvoi bagi meraikan 'pesta' MotoGP yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1-3 November 2024. Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Acara yang diadakan beberapa hari sebelum tarikh perlumbaan sebenar MotoGP, telah memberi peluang buat 100 orang peminat MotoGP bertuah untuk mendekati pelumba kegemaran mereka, tidak lain dan tidak bukan Johann Zarco. Hadir memeriahkan acara ialah Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee, Pengarah Operasi Luar Negara GIVI, En. Joseph Perucca dan Prinsipal Pasukan LCR, Lucio Cecchinello.

Pasukan LCR Honda tiba bersama pelumba utama pasukan mereka, Johann Zarco. Ruang ketibaan meriah dengan sambutan yang disediakan oleh pihak GIVI. Para peserta yang hadir diberi kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan Zarco dalam jangka masa yang ditetapkan.

Masa untuk 'off roading!" Sebanyak enam buah jentera Honda CRF 250 Rally disediakan para peserta yang terdiri daripada krew LCR Honda dan semestinya untuk Zarco sendiri.

Coach Kev Lee memimpin setiap peserta untuk menikmati laluan-laluan lasak yang sepanjang sekitar 3 kilometer itu. Selain dapat beriadah, ini juga peluang buat Zarco dan krew pasukannya untuk melihat dan menikmati keindahan hutan tropika di Malaysia.

Pada masa yang sama, para peserta konvoi yang hadir turut dihiburkan dengan pertandingan acara Motosikal Paling Perlahan, Pertandingan Aksesori Motosikal GIVI Paling Cantik dan sesi beramah mesra serta Q&A bersama Johann Zarco dan LCR Honda Team. Manakala acara Cabutan Bertuah menutup tirai penganjuran pada hari itu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia