RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 November 2024

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Diatas permintaan ramai, Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Walaubagaimanapun rekabentuknya masih lagi yang sama seperti yang dilancarkan dahulu dengan dilengkapi lampu utama jenis LED dan paparan meter jenis digital. Honda RS150R didatangkan dengan enjin bersesaran 149.2cc, silinder tunggal, DOHC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.

Dengan menggunakan sistem bahan api jenis PGM-FI, model ini telah diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang menawarkan penjimatan dari segi penggunaan petrol.

Antara kelengkapan lain seperti transmisi 6-kelajuan, rim 17-inci, fork teleskopik, penyerap hentak monoshock di belakang dan brek-brek jenis cakera.

Honda RS150R dengan warna baru ini boleh didapati di semua kedai Impian X dan pengedar Honda yang sah di seluruh negara bermula akhir bulan November 2024. Pihak BSH mengumumkan harga bilik pameran yang disyorkan RM8,379 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftara) bersama waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.