RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2019

Malaysian Woman Bikers Sertai Woman Riders World Relay

Women Riders World Relay (WRWR) telah ditubuhkan oleh Hayley Bell pada tahun 2018 di UK. Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa terdapat ramai ladies bikers di dunia. Acara yang besar ini akan sampai di Malaysia pada bulan Ogos 2019. Sebagai sokongan, acara Ripple Relay telah dijalankan di setiap negara di mana tunggangan dilakukan sepanjang tahun. Bendera Malaysia sebagai “Baton” akan diserahkan kepada kumpulan yang lain semasa mengembara di Timur dan Barat Malaysia. Akhir sekali, bendera tersebut akan dihantar ke London pada Februari 2020 untuk majlis penutup WRWR.

Baru-baru ini GIVI Asia selaku pengedar barangan aksesori motosikal di Malaysia telah menganjurkan satu perjumpaan dan jamuan makan malam bersama Malaysian Women Bikers yang dihadiri oleh Anita Yusof (duta GIVI), Ladies of Harley dan kumpulan motosikal wanita yang lain di Restoran Rebong pada awal April lalu. Satu sesi serahan helmet dan beg galas GIVI (RBP02) kepada peserta yang hadir telah disempurnakan oleh En. Sam Sharman, Ketua Bahagian Pemasaran GIVI Asia Sdn Bhd.

Malaysian Women Bikers yang menyertai acara ini telah bermula pada 27 April 2019. Ladies of Harley merupakan antara kumpulan pertama yang melakukan perjalanan ini dari KL-Melaka-KL. Sebelum menyerahkan bendera kepada kumpulan lain. Anita Yusof akan mengetuai kumpulan GIVI Bella ride ke Pulau Pangkor. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.