RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Disember 2024

Global: KTM Tarik Nafas Lega, Mahkamah Benarkan Operasi

KTM telah mengeluarkan kenyataan bahawa hakim telah membuat keputusan bahawa ketiga-tiga syarikat boleh terus beroperasi. Keputusan tersebut ternyata sangat menyenangkan pengeluar motosikal dari Austria itu yang kini diuji dengan krisis kewangan.

Menurut KTM, bagaimanapun ia hanyalah langkah pertama dalam prosiding penyusunan semula syarikat selama 90 hari. KTM akan terus bekerja keras untuk menjamin masa depan kakitangan, pembekal dan pengedar seterusnya menjadikan syarikat ini terus berdaya maju. Perkara yang paling penting ialah menyelamatkan sebanyak mungkin kedudukan pekerjaan.

Dalam konteks tersebut, KTM sedang mencari pelabur baru dan cuba mencapai penyelesaian yang mampan bersama pemiutang mereka. Mereka juga sedang mengadakan perbincangan yang terbaik dengan pihak bank khususnya. Pelan penstrukturan semula KTM boleh dirangsang dengan suntikan tunai daripada tiga pihak yang berminat dari Pierer Mobility Group, yang dikatakan bernilai sehingga €700 juta.

Dalam dunia perlumbaan pula, tiada sebarang kenyataan rasmi bagaimana perkembangan isu ini akan memberi kesan kepada pembangunan serta penglibatan KTM dalam MotoGP 2025. Secara amnya, ramai tokoh berpandangan bahawa pasukan 'orange' akan terus memberi saingan seperti yang dirancang. Ya...kita juga berharap hal yang sama!

Brad Binder.
Brad Binder.
Pedro Acosta.
Pedro Acosta.

Dalam laporan yang dikeluarkan dari https://www.crash.net - menyatakan impak daripada krisis telah memberi kesan kepada Moto2 dan Moto3 dengan ketiadaan GASGAS dan Husqvarna (jenama di bawah KTM) daripada grid perlumbaan musim hadapan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.