RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Februari 2025

Angkut Motosikal Curi Guna Van Sekolah

Ampang Jaya: Guna van sekolah untuk mencuri motosikal. Itu taktik digunakan tiga lelaki termasuk pemandu bas sekolah dalam aktiviti mencuri kenderaan di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, di sini.

Bagaimanapun perbuatan suspek yang berusia 50 hingga 61 tahun itu terbongkar selepas ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pada jam 8.00 pagi 28 Januari lalu, mangsa lelaki berusia 42 tahun meletakkan motosikal Honda EX5 milik arwah bapa mentuanya di tempat letak kenderaan dalam keadaan baik.

Menurutnya, bagaimanapun pada jam 3.30 petang Ahad lalu, mangsa mendapati motosikal itu sudah tiada dan mengesyaki dicuri menyebabkan kerugian RM3,000.

"Susulan itu suspek yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah di sekitar Lembah Klang ditahan kelmarin bersama van yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

"Modus operandi ketiga-tiga suspek menggunakan van itu dengan cara mengangkat dan memasukkan motosikal ke dalamnya. Motif curi adalah untuk diguna pakai oleh suspek kedua bagi tujuan kegunaan harian," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati dua daripadanya positif dadah.

"Perintah tahanan reman ke semua suspek dibenarkan selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Ampang bermula semalam sehingga 7 Februari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.