RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Februari 2025

3 Kedai Terbakar, 40 Motosikal dan Kereta Musnah

KUALA LUMPUR – Tiga buah buah kedai dan 41 kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran di Sentul, pada Rabu lalu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran berkaitan kedai pada pukul 5.15 pagi.

Katanya, seramai 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan bantuan BBP Setapak, Titiwangsa, Jalan Hang Tuah dan Sri Hartamas bersama-sama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi, PBK II Rusdi Ismail, terdapat kebakaran melibatkan 3 buah kedai yang terdiri daripada bengkel kereta, kedai menjual vape dan kedai makan.

“Premis berkenaan musnah 100 peratus dan kebakaran itu mengakibatkan 40 buah motosikal serta sebuah kereta hangus,” katanya PGO KL dalam kenyataan.

Jelasnya, kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa manakala punca kejadian masih dalam siasatan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.