RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mac 2018

GIVI Point Johor Bahru Kini Dibuka

GIVI selaku pengeluar aksesori terkenal dan berkualiti di Malaysia telah memperkenalkan GIVI Point yang ketiga bertempat di Johor Bahru pada pertengahan bulan Januari lepas. Pembukaan kedai rasmi ini adalah berikutan GIVI Point Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Sebenarnya kami mendapat banyak permintaan untuk pembukaan kedai rasmi GIVI Point dari negeri-negeri lain. Namun perlu diberi perhatian kepada pasaran yang lebih besar dahulu seperti Johor. Di masa hadapan, kami pasti akan menambah lagi cawangan GIVI Point ke seluruh negara”, kata En. On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia. Pengarah Operasi Internasional GIVI, En. Joseph Perucca menambah lagi, “Ibu pejabat GIVI di Itali sangat berpuas hati dengan pasaran barangan kami di Asia, khususnya di Malaysia. Kami memberi sepenuh sokongan kepada pasaran di sini yang merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia.”

Dari kiri : En. On Thiam Chai, En. Joseph Perucca & En. On Hai Swee  melancarkan pembukaan kedai GIVI Point baru.
Dari kiri : En. On Thiam Chai, En. Joseph Perucca & En. On Hai Swee melancarkan pembukaan kedai GIVI Point baru.

Dengan keluasan sebesar 1,900 meter persegi, kedai rasmi ini mampu mempamerkan pelbagai produk GIVI serta turut menyediakan perkhidmatan jualan dan servis. Menyedari bahawa negeri Johor merupakan salah satu pasaran terpenting bagi GIVI di Malaysia, syarikat berkenaan mengambil langkah menambah pelaburan dengan membuka kedai yang menempatkan semua produk GIVI sekaligus dapat melakukan servis pemasangan aksesori secara percuma.

Pada majlis perasmian, turut diperkenalkan lampu brek ketiga yang dipadankan dengan tapak plat (baseplate) untuk boks penyimpanan GIVI. Ini merupakan salah satu penambahbaikan ciri keselamatan yang dianjurkan oleh pihak GIVI.

Penyampaian hadiah untuk peraduan GIVI Cielo Yuzy Racing turut diadakan. Pemenang hadiah utama iaitu En. Nazeri Mohd Isa yang berjaya membawa pulang sebuah motosikal Honda RS150R versi Cub Prix. Hadiah kedua dimenangi Mohd Aliff Hakeem iaitu sebuah topi keledar fullface carbon fibre versi Yuzy Racing dan hadiah ketiga dimenangi Muhammad Herise & Eyzhamsahfiq yang akan menikmati makan malam bersama pasukan Yuzy Racing. Hadiah berkenaan telah disampaikan oleh bekas pelumba dunia, Shahrol Yuzy. Peraduan tersebut terbuka kepada pembeli helmet versi terhad Yuzy Racing yang diadakan tahun lepas.

En. Nazeri Mohd Isa (atas motor)  pemenang Honda RS150R.
En. Nazeri Mohd Isa (atas motor) pemenang Honda RS150R.

GIVI Point Johor Bahru ini bertempat di No 39, Jalan Tampoi Susur 1, 81200 Johor Bahru. No.Telefon: 07-3365400. Waktu operasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 10.00 pagi – 7.00pm dan tutup pada hari Ahad serta cuti umum. RR

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.