RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Februari 2025

CFMOTO 675SR-R & 500SR VOOM sudah berada di pasaran negara. Harga bermula RM35,888.

Selepas pelancarannya di CFMOTO Flagship Store pada tahun lepas, CFMOTO 675SR-R & CFMOTO 500SR VOOM kini sah sudah berada di pasaran Malaysia. Harga untuk model 500SR VOOM bermula daripada RM35,888 (tidak termasuk cukai dan insurans) manakala 675SR-R boleh dimiliki pada harga asas RM37,888.

CFMOTO 500SR VOOM.
CFMOTO 500SR VOOM.


CFMOTO 500SR VOOM tampil dengan enjin 499cc, 4-silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair mampu menghasilkan 58kW pada 12,500rpm dan tork 49Nm pada 10,000rpm. Dengan kapasiti tangki bahan api 15.5L, CFMOTO 500SR VOOM sesuai untuk perjalanan jauh. Ekzos berkembar pula menghasilkan deruman jentera ini lebih mantap.

CFMOTO 500SR VOOM turut didatangkan dengan Sistem Udara RAM yang berfungsi menyalurkan udara bertekanan tinggi ke enjin ketika motosikal bergerak laju. Ini membantu meningkatkan kuasa enjin, respons pendikit, menyejukkan enjin dan mengoptimumkan penggunaan bahan api.

Pada pertengahan Februari baru-baru ini CFMOTO 675SR-R merupakan salah satu model yang diperkenalkan semula dalam acara 2025 CFMOTO Global Media Launch & Global Distributor Conference yang berlangsung di Litar Algarve, Portugal.


Dalam sesi pembentangan, Pengarah Reka Bentuk 2-Roda iaitu En. Carles Solsona, CFMOTO memperkenalkan platform enjin 675cc 3-silinder, yang menjadi tunjang kepada generasi baharu motosikal berprestasi tinggi. Motosikal ini juga menampilkan reka bentuk aerodinamik yang agresif, sesuai untuk kegunaan jalanan serta memberikan prestasi yang mengagumkan dalam litar.

CFMOTO 675SR-R dikuasakan oleh enjin 3-silinder sebaris 675cc, DOHC, penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 70kW pada 11,000rpm dan tork maksimum 70Nm pada 8,250rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 15 liter, manakala berat motosikal ini ialah 195kg.


Pengenalan semula ini, CFMOTO terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang kompetitif dalam industri motosikal global, menawarkan pengalaman tunggangan yang mengujakan kepada peminat sukan permotoran di seluruh dunia.

Dengan setiap pembelian CFMOTO 500SR VOOM dan CFMOTO 675SR-R, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.