RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 April 2025

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

KUALA LUMPUR - Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Pertama kali berdepan situasi itu membuatkan penduduk yang cemas tidak sempat berfikir untuk lari ke mana sebaliknya hanya mampu berlindung di tepi sungai di kawasan berhampiran.

Menurut laporan dari http://www.sinarharian.com, seorang pekerja swasta, Siti Fauziah Hasnan, 32, berkata, semasa kejadian tidak ramai yang berada di kawasan rumahnya kerana pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kredit foto: Bernama.
Kredit foto: Bernama.

Berkongsi cerita kepada Bernama, Siti Fauziah berkata, dia bersama beberapa individu lain terpaksa berlari serta berlindung di punca air berdekatan kerana kereta dan motosikal yang berada sekitar rumah mereka sudah mula mencair.

"Mulanya saya terpinga-pinga tetapi kami berjaya keluar dan menyelamatkan diri setelah beberapa individu tahu jalan lain yang boleh elak bahang itu, memang ramai cedera di kaki termasuk saya kerana selipar yang dipakai menjadi lembut,” katanya.

Siti Fauziah berkata, sehingga kini, dia dan keluarga belum pulang ke kediaman mereka untuk memeriksa keadaan rumah sebaliknya memilih menenangkan diri di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (Dewan Camelia).

Penghantar barang, Jasni Abdul Manap, 47, pula amat terkesan kerana motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang baru sahaja dibeli telah hangus sebelum dia sempat membuat pembayaran pertama.

Jasni berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri serta dua anak perempuan mereka pulang beraya di Kuala Kangsar, Perak sebelum dimaklumkan oleh rakan mengenai kebakaran itu yang memusnahkan keseluruhan rumahnya.

"Saya sangkakan stesen minyak berdekatan, rupanya paip yang meletup betul-betul belakang rumah saya... tiga buah motosikal dan barangan dalam rumah termasuk komputer riba milik anak yang baru dibeli dua bulan lepas hangus,” katanya.

Jasni, yang sepatutnya pulang pada Jumaat, kini berlindung sementara di PPS Dewan Camelia dan belum berpeluang memeriksa keadaan rumahnya.

Seorang peniaga makanan, Faizal Zakaria, 56, berkata, meja di kedainya cair selepas digunakan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 12 tahun sebagai pelindung untuk mencari ibunya ketika kejadian.

"Kanak-kanak itu melecur di bahagian belakang badan tetapi dia tetap pergi mencari dan memeriksa keadaan ibunya di rumah yang tidak jauh dari kedai saya,” katanya.

Faizal, yang kelihatan cuba menenangkan dirinya ketika ditemu bual oleh pemberita, berkata walaupun ditimpa musibah, dia tetap bersyukur kerana hanya bahagian belakang kenderaan dan kawasan luar rumahnya sahaja yang terkesan akibat insiden itu manakala bahagian dalam rumah masih dapat diselamatkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia