RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 April 2025

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

GEORGE TOWN – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Masjid Negeri, di sini pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.15 petang ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Batu Lanchang ke Gelugor.

“Motosikal mangsa dipercayai dirempuh dari arah kiri oleh sebuah motosikal lain, menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah kereta di sebelah kanan.

“Mangsa kemudian terjatuh ke laluan kiri sebelum dirempuh sebuah lori,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mMangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang, namun disahkan meninggal dunia pada jam 6.09 petang.

"Bagaimanapun pemandu lori dan kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Polis telah mengenal pasti penunggang motosikal yang dipercayai menjadi punca nahas dan akan menahannya dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut atau menghubungi balai polis berhampiran. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.