RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Mei 2025

BSH Umum Tiga Warna Baru Honda ADV160

Boon Siew Honda memperkenalkan tiga warna baharu untuk skuter Honda ADV160 ke dalam pasaran negara. Model ini boleh didapati menerusi Impian X dan pengedar sah BSH di seleruh negara bermula 8hb Mei 2025.

SE
SE

Sebagai model 2025, Honda ADV160 kini menampilkan dua warna terbaru bagi versi standard iaitu Matte Black dan Red. Manakala untuk edisi khas tampil dengan pilihan warna Grey. Bagi dua warna sedia ada seperti White dan Matte Green (SE) masih dipasarkan. Masing-masing ditawarkan ada harga asas RM13,249 (Standard) dan RM13,549 (SE).

Dari segi spesifikasi enjin kekal yang sedia ada di mana ADV160 menggunakan enjin berkapasiti 156.9cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm.

Model ini juga dilengkapkan dengan ciri-ciri elektronik seperti Idling Stop System (ISS), sistem ABS, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Emergency Stop Signal (ESS). Kelengkapan lain pula adalah lampu-lampu LED, meter LCD, tangki bahan api 8.1 liter, berat 133kg , tinggi pelana 780mm, brek-bre jenis cakera, ruang bawah pelana 30 liter, Honda Smart Key, fork teleskopik serta penyerap hentak belakang berkembar jenis berspring dengan Sub-tank.

Untuk pembelian jenetra ini, pihak BSH turut menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). Untuk maklumat lanjut sila kunjungan Honda Impian X yang terdekat atau layari laman sesawang http://www.boonsiewhonda.com.my/product/adv160. Pelanggan juga boleh menghubungi nombor di talian bebas 1-800-88-3993. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.