RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mei 2025

Suzuki Malaysia Meriahkan MAS2025 Dengan Barisan Model-Model Terkini

Pameran automotif terbesar di Malaysia kembali meriah! Pelbagai pengeluar kenderaan, motosikal, aksesori, produk barangan serta perkhidmatan hadir menyertai pengajuran Malaysia Autoshow yang ke-8 bermula 9hb hingga 15hb Mei 2025 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Suzuki Malaysia juga tidak ketinggalan untuk hadir beri sokongan padu dengan menghias ruang pameran yang dibarisi pelbagai model-model terkini mereka termasuklah untuk segmen skuter, sport, touring, naked dan adventure.

Ruang di bahagian tengah tapak promosi Suzuki digahkan dengan empat buah jentera berkuasa tinggi yang terdiri daripada Hayabusa, GSX-S1000, GSX-R1000R, dan GSX-8R.

Pengunjung juga dapat melihat tiga buah model 250cc yang berkongsikan spesifikasi enjin yang sama tetapi berlainan segmen. Model-model tersebut adalah Gixxer SF250 (Sport), Gixxer 250 (naked) dan V-Strom 250SX (Adventure). Bagi yang berminat dengan motosikal automatik, pihak Suzuki juga turut menawarkan model Avenis 125 serta Burgman Street 125 EX.

Melengkapkan lagi segmen Adventure dalam keluarga Suzuki adalah V-Strom 800 dan V-Strom 1050 yang turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025. Selain itu, ruang pameran Suzuki juga dipadatkan dengan model touring seperti GSX-S1000GX.

Sebuah lagi jentera yang menggunakan enjin V-Twin iaitu SV650 Final Edition. Seperti yang diumumkan oleh pihak Suzuki bulan lalu, model ini dikatakan tidak akan dipasarkan lagi di Malaysia sebaik sahaja unit yang ada habis terjual.

Khamis ini bersamaan 15hb Mei 2025 adalah hari terakhir Malaysia Autoshow 2025. Bagi yang ada masa lapang, nak lihat model-model terkini ayuh hadir ke MAS2025 untuk memeriahkan lagi suasan. Harga tiket yang ditawarkan untuk hari bekerja adalah RM20 manakala hujung minggu dan cuti umum pada RM25 seorang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.