RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Mei 2025

KOVE 625X Tampil Di 137th Canton Fair

KOVE mungkin salah satu jenama motosikal muda dari China tetapi ia juga antara jenama yang cukup agresif dalam penjualan eksport. Kini, syarikat ini sudahpun menawarkan pelbagai model di pasaran global termasuk di Asia dan Eropah.

Pada Pameran Motosikal Canton ke-137 baru-baru ini, KOVE telah memperkenalkan beberapa model serba baru yang memiliki bukan sahaja rekabentuk yang menarik, tetapi juga spesifikasi yang mantap. Antara yang mendapat perhatian media ialah KOVE 625X, model adventure yang disempurnakan dengan enjin 581cc, kembar paraller, aci engkol 270 darjah berkuasa sekitar 64hp dan mampu untuk memecut lebih daripada 170km/j.

KOVE 525X.
KOVE 525X.

Tapak rodanya sepanjang 1,470mm yang dijangka membawa kestabilan di laluanlurus lebih baik. Jentera ini dipadankan dengan tayar-tayar berjejari yang bersaiz besar 110/80R19 di hadapan dan 150/70R17 di belakang. Sepasang brek cakera di depan (jenis berpetak) hadir beserta sistem ABS. Sistem pencahayaan dari jenis LED yang memiliki rekaan cukup moden.

Untuk disesuaikan untuk pelbagai jenis laluan termasuk jalan lasak, KOVE melengkapkan model ini dengan pelindung tangan, pelindung enjin dan bar pelindung di bahagian tangki. Sistem transmisinya 6 kelajuan manakala berat jentera baru ini ialah 229kg. Itulah spesifikasi yang dikongsikan oleh pihak KOVE tetapi pastinya akan lebih banyk info akan kami kongsikan sebaik sahaja mendapat berita lebih anjut.

Jika kita lihat beberapa ciri-ciri model 525X, panel meter untuk model baru ini 'mesti' jenis LED dengan beberapa sistem talaan moden untuk jadikan tunggangan lebih selamat.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.