RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Jun 2025

Pertandingan Motosikal Kustom Honda di Wheels and Waves 2025

Untuk tahun ke-6 berturut-turut, Honda Eropah mempamerkan gabungan ciptaan motosikal unik, ditala dan diubah suai untuk menjadi sebagai sebahagian daripada persaingan Hondacustoms Eropah di festival Wheels and Waves yang berlangsung di Biarritz, Perancis.

Pada tahun 2020, CB1000R versi 'Africa Four CRF1000R' yang dihasilkan oleh pengedar Honda Swiss Brivemo Motos telah dinobatkan sebagai pemenang sulung http://www.hondacustoms.com. Tahun 2021 pula mempamerkan  model CB650R yang diubahsuai kepada 'Fenix ​​Mototrofa' memberikan kemenangan buat Portugal.

Clubman TT – Mallorca Motos: Sepanyol.
Clubman TT – Mallorca Motos: Sepanyol.
Hachimaan – MAAN Motocicli Audaci: Italy.
Hachimaan – MAAN Motocicli Audaci: Italy.
MBX350 – Servihonda Málaga: Sepanyol.
MBX350 – Servihonda Málaga: Sepanyol.

Pada tahun 2022 menyaksikan CMX500 Rebel yang diubahsuai dengan nama 'Maanboard' daripada penyesuai yang berpangkalan di Sardinia Motocicli Audaci pula menerima penghormatan. Namun begitu, edisi 2023 menyaksikan persaingan motosikal mini Honda Dax dan Monkey meletup ke Biarritz dengan sentuhan menarik warna dan kreativiti yang memberikan kemenangan kepada Art of Wheels Garage dan Tamara Alves.

FTR350 – Vertu Honda: UK.
FTR350 – Vertu Honda: UK.

Tahun lepas, model CL250 dan CL500 pula menjadi tumpuan utama, dengan Bunker Garage dari Turki muncul sebagai juara dengan jentera Cafe Racer Retro, 'Bunker Imprint' yang memang hebat.

Mia – TubaisMoto: Portugal.
Mia – TubaisMoto: Portugal.
Silver Bullet – Farnham Honda: UK.
Silver Bullet – Farnham Honda: UK.

Untuk tahun 2025, model GB350S yang serba baru di pasaran Eropah telah ditawarkan untuk direka semula. Jentera gaya retro dengan silinder tunggal adalah asas ideal untuk melakukan pengubahsuaian, menggabungkan tema gaya motosikal lama dan moden.

Miranda – Honda Motorsport Las Rozas: Sepanyol.
Miranda – Honda Motorsport Las Rozas: Sepanyol.
Okira – Ruleshaker: Perancis.
Okira – Ruleshaker: Perancis.

Sebelas pengedar dan pembina motosikal kustom dari seluruh Eropah meraikan pertandingan ini dengan pelbagai idea yang mengagumkan. Kompak, versatil dan seronok untuk ditunggang, GB350S hadir denga slogannya 'Ride with Life, Live with Passion'.

GRAND (B)RIX – Sporty Bike: Jerman.
GRAND (B)RIX – Sporty Bike: Jerman.

Pertandingan pengubahsuaian ini telah menjadi acara tahunan yang semakin popular dan di laman web  http://hondacustoms.com telah menerima lebih 25,500 pelawat yang mengundi sepanjang musim panas 2024 lalu untuk rangkaian motosikal mini Honda, peningkatan sebanyak 18% pada tahun sebelumnya.

Swiss Wing – Pellicari Design: Switzerland.
Swiss Wing – Pellicari Design: Switzerland.
The Rocket Lion – Honda Motor Center León: Sepanyol.
The Rocket Lion – Honda Motor Center León: Sepanyol.

Setiap motosikal unik ini, telah dipertontonkan di festival Wheels and Waves tahunan di Biarritz dari Rabu 11 hingga Ahad 15 Jun 2025 lalu, dan kini sudah berada dalam talian sepanjang musim panas di http://hondacustoms.com. Anda juga memuat turun 'Wall Paper' setiap rekaan ini di telefon pintar atau desktop masing-masing. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.