RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Jun 2025

Menunggang Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Dipenjara...Denda RM10,000

BATU PAHAT: Lelaki yang bakal melapor diri bekerja di Singapura hujung bulan ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng, dekat sini hari ini, atas pertuduhan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, bulan lalu.

Sivam Vijayan, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan sebelum Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara sehari terhadapnya atau tambahan dua bulan penjara jika gagal membayar denda ditetapkan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian membayar denda berkenaan sejurus prosiding yang menyaksikan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Sivam yang masih bujang mengaku bersalah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dengan kandungan alkohol dalam darah sebanyak 77 mg/100ml, melebihi had ditetapkan 50 mg/100ml di Kilometer 2 Jalan Yong Peng-Labis, Yong Peng, jam 1.12 pagi 27 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM30,000 serta hilang kelayakan untuk mendapat atau memegang lesen tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Mengikut fakta kes, polis menjalankan Op Mabuk sebelum terserempak motosikal ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan kemudian mengesan bau alkohol.

Polis menjalankan ujian pernafasan dan mendapati bacaan kandungan alkohol dalam nafas tertuduh sebanyak 112 mg/ 110ml, lalu dia dibawa ke Balai Polis Yong Peng untuk tindakan lanjut. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.