RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Julai 2025

Mahasiswi UMT maut, rakan parah terlibat dalam kemalangan di R&R Perasing

KEMAMAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di selekoh masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di sini petang Khamis.

Mangsa yang maut, Siti Ain Balqis Hamdan, 23, berasal dari Gombak, Kuala Lumpur, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya, Nur Intan Syafiera Batrisya Hamzah, 22, dari Mantin, Negeri Sembilan, mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.

Kredit foto: Saluran telegram - Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia
Kredit foto: Saluran telegram - Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3 petang.

“Siasatan awal mendapati kedua-duanya dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan sebelum motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

“Siti Ain tercampak ke sebelah kiri jalan, manakala rakannya terjatuh di atas jalan raya. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof Mohd Izani Mohd Zain berkata, pihak universiti menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM12,500 kepada waris Allahyarhamah Siti Ain.

Katanya, bantuan itu merangkumi khairat kematian, pengurusan jenazah serta perlindungan di bawah Skim Perlindungan Pelajar UMT. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.