RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Julai 2025

Honda Vario 125 Hadir Dengan Warna Serba Baru

Boon Siew Honda memperkenalkan dua warna terbaru untuk skuter popular, Honda Vario 125. Dengan penampilan gaya warna baru ini, pastinya para peminat skuter akan dapat memiliki sebuah skuter yang bukan sahaja cantik, tetapi juga memiliki enjin yang cukup mantap!

Biru.
Biru.

Semestinya Honda Vario 125 meraih kepercayaan dengan keselesaan posisi menunggang, sesuai untuk tunggangan harian dan untuk menikmati pelbagai tempat menarik di hujung-hujung minggu. Model ini dilengkapkan dengan enjin 125cc, sistem penyejuk cecair dengan eSP dan turut meraih sijil cekap Energy Efficient Vehicle (EEV) yang mesra alam sekitar.

Biru Matte 'kiri' & Biru.
Biru Matte 'kiri' & Biru.

Warna baru menanti para peminat ialah Biru dan Biru Matte yang ditawarkan pada harga cadangan RM7,268.00 (tidak termasuk cukai jalan, yuran pendaftaran dan insurans.

Antara ciri-ciri menarik Honda Vario 125

  • SIstem Kunci Pintar
  • Panel meter digital
  • Sistem Combi Brake (CBS)
  • Lampu-lampu LED
  • Ruang barang bawah pelana 18 liter
  • Idling Stop System (ISS)
  • Pengecas USB

Biru Matte.
Biru Matte.
Biru Matte.
Biru Matte.

Dengan setiap pembelian Honda Vario 125, para pelanggan akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lanjut, layari https://boonsiewhonda.com.my/product/vario125 atau kunjungi Honda Impian X berhampiran dengan anda. Para pelanggan juga boleh hubungi talian bebas tol: 1-800-88-3993. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia