RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Julai 2025

Hero Xoom 160 - Skuter Adventure dari Hero MotoCorp

Kita selalu menyaksikan kemunculan pelbagai model skuter lasak atau adventure yang diperkenalkan oleh pengeluar motosikal dari China. Kali ini jom kita melihat dengan lebih dekat model baru daripada Hero MotoCorp iaitu XOOM 160. Hero MotoCorp merupakan antara peneraju dunia motosikal di India dengan jumlah pemilikan lebih daripada 120 juta pelanggan di 48 buah negara.

Hero XOOM 160 hadir dengan rekabentuk agresif, dua buah lampu hadapan jenis LED yang memberikan suluhan yang terang. Model ini juga didatangkan dengan sistem Kunci Pintar, lengkap dengan Blutooth dan Navigasi. Enjin 156cc, silinder tunggal SOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 14.6hp pada 8,000rpm dan tork 14Nm pada 6,500rpm.

Matte Rainforest Green.
Matte Rainforest Green.

XOOM 160 ini menggunakan fork hadapan jenis teleskopik hidraulik yang berpasangan dengan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang. Tayar hadapan 120/70-14 manakala di belakang 140/60-14 tetapi hanya brek hadapan sahaja menggunakan cakera + ABS manakala di belakang masih jenis gelendong.

Pelana setinggi 787mm dan hanya seberat 142kg yang sudah pastinya mudah untuk dikendalikan oleh semua jenis penunggang. Sebagai skuter 'adventure', ruang kelegaan tanah juga agak tinggi iaitu 155mm.

Terdapat 4 warna pilihan iaitu Matte Rainforest Green, Canyon Red, Sumit White dan Matte Volcano Grey. RR

Spesifikasi Ringkas:

  • P x L x T: 1,983 x 772 x 1,214mm
  • Tapak roda: 1,348mm
  • Berat: 142kg
  • Isi tangki: 7 liter

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.