RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Julai 2025

Anggota polis trafik dilanggar motosikal ketika bertugas

Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera akibat dilanggar sebuah motosikal di Kilometer 21.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke restoran jejantas Sungai Buloh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 pagi, seorang lelaki berusia  37 tahun yang sedang menunggang motosikal tidak sempat mengelak anggota polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan di lorong kecemasan.

"Akibar kemalangan itu, anggota polis trafik yang berpangkat Sarjan berusia 43 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala, katanya dalam kenyataan.

Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar turut menyatakan, anggota trafik itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Keadaan anggota polis trafik itu stabil manakala penunggang motosikal itu juga cedera dan sedang menjalani rawatan. Kita belum merakam sebarang keterangan penunggang motosikal itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.