RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Ogos 2025

Penunggang Motosikal 'Terbang' Terlanggar Penghadang Konkrit

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila jentera yang ditunggangnya melayang selepas merempuh penghadang.

Dalam kejadian pada jam 4.52 pagi, 22 Ogos lalu, mangsa dipercayai gagal mengesan kewujudan penghadang konkrit tersebut berikutan tiada sebarang papan tanda amaran atau penandaan cahaya dipasang di lokasi berkenaan.

Menerusi perkongsian rakaman kamera papan pemuka kenderaan, mangsa menunggang pada kelajuan 80 hingga 90 kilometer perjam (km/j) sebelum motosikalnya melanggar penghadang yang dibina merentangi sebahagian jalan.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Hentaman kuat itu menyebabkan mangsa dan motosikalnya 'terbang' dan tercampak sebelum terseret beberapa meter.

Dalam rakaman itu, mangsa dilihat bingkas bangun untuk menyelamatkan diri bagi mengelak dilanggar kenderaan lain yang datang dari arah yang sama.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang mendesak pihak berwajib supaya meletakkan papan tanda atau memasang alat pantulan cahaya di lokasi tersebut.

Antaranya:

  • “Patut letak tiang plastik warna oren (kon) tu sebelum sampai ke situ (lokasi kejadian) baru orang boleh elak.”
  • “Bahaya tiba-tiba pisahkan jalan untuk masuk jalan motosikal, dah la jalan teruk dalam tu. Baik buang ja divider (penghadang jalan), nasib tak terjun sungai.”
  • “Tak ada apa-apa tanda (amaran). Patut kena papan amaran.

Semoga penunggang tersebut tidak mengalami kecederaan serius. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.