RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Disember 2025

Malaysia Rangkul 4 Anugerah di Asia Harley Days (AHD)

Malaysia berjaya merangkul empat anugerah di acara Asia Harley Days (AHD) 2025 yang berlangsung baru-baru ini di Midwinter, Khao Yai, Thailand.

Anugerah Outstanding Riding Achievement - Unique Record diberikan kepada Dato’ Anand dan K.V.R. Sanjevee atas kejayaan menunggang Harley-Davidson Fat Boy di Umling La Pass, India, iaitu jalan tertinggi di dunia yang boleh dilalui oleh kenderaan.

Malaysia turut meraih anugerah Best H-D Community Event menerusi penyertaan komuniti Harley-Davidson di Desaru International Bike Week, setelah dipilih daripada pelbagai acara komuniti di pasaran Asia Emerging Markets.

Dalam kategori H-D Custom Kings Asia – King of the Kings, David Harrison muncul pemenang dengan motosikal ubah suainya, Electra Glide Highway King “El Patron.” Beliau merupakan peserta 'wild card' sebelum mewakili Malaysia ke peringkat akhir serantau di Thailand.

Anugerah keempat, Largest Contingent to AHD, disampaikan kepada HRB Motorcycle Club Malaysia yang mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan Asia Emerging Markets di luar Thailand.

Kemenangan ini menonjolkan pencapaian cemerlang Malaysia, sekali gus menjadikannya negara dengan pungutan anugerah terbanyak dalam satu malam bagi pasaran Harley-Davidson Asia Emerging Markets, termasuk Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Singapura, India, Hong Kong dan Macau. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.