RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Disember 2025

Honda Bersama Rakyat Malaysia Ketika Musim Banjir

Berikutan keadaan cuaca yang menyebabkan banjir di beberapa Kawasan di Malaysia, Boon Siew Honda (‘BSH” atau “Syarikat”) berdiri teguh bersama komuniti yang terkesan dan komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.

Selaras dengan komitemen prihatin BSH, Syarikat memperkenalkan Honda Assist: Flood Campaign (“Program”), satu inisiatif khas untuk membantu pemilik motosikal Honda memulihkan kenderaan mereka yang terjejas akibat banjir. Program ini berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2025.

Tawaran Utama Program

1. Pemeriksaan motosikal komprehensif untuk semua model yang terjejas.

2. Pakej Pemulihan Asas Banjir secara percuma untuk motosikal bawah 250cc, merangkumi:

  • 1 botol minyak enjin Pro Honda
  • 1 unit palam pencucuh
  • 1 pasang pad brek atau brake shoe berserta seat set
  • 1 botol pencuci enjin Pro Honda

Pemilik motosikal bawah 250cc boleh ke Honda Impian X yang mengambil bahagian, manakala motosikal 250cc ke atas boleh kunjungi mana-mana Honda BigWing di seluruh negara untuk pemeriksaan.

Senarai Honda Impian X dan Honda BigWing yang mengambil bahagian dalam “Honda Assist: Flood Campaign”.
Senarai Honda Impian X dan Honda BigWing yang mengambil bahagian dalam “Honda Assist: Flood Campaign”.

Pengguna perlu membawa salinan laporan polis atau surat pengesahan dari pegawai daerah untuk mengesahkan kawasan mereka terjajas akibat banjir sebagai dokumen sokongan dan membuat janji temu dengan pengedar untuk memudahkan proses pemeriksaan.

Program ini turut mendapat sokongan daripada PETRONAS, ThreeBond, Niterra Malaysia dan Denso.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Utama - Honda Motorcycle: Impian X atau Laman Utama - Honda BigBikes. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.