RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Januari 2026

Diari Service Mforce Diperkenalkan

Pemilik motosikal Mforce selepas ini boleh menyimpan dan menjejak rekod servis jentera mereka kerana pihak Mforce Bike Holdings Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan platform digital baharu iaitu Diari Service Mforce.

Diari Service Mforcemerupakan sebuah diari servis digital yang membolehkan pengguna merekod sendiri maklumat servis motosikal mereka dan memaparkan sejarah penyelengaraan motosikal dengan mudah.

Ciri utama Diari Service Mforce merangkumi empat perkara: 

  • Rekod servis berbentuk diari digital.
  • Pelanggan boleh memasukkan dan mengemas kini rekod servis sendiri.
  • Paparan sejarah servis motosikal yang tersusun dan mudah dirujuk.
  • Sistem dalam talian yang boleh diakses bila-bila masa.

Menerusi inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memberkukuhkan lagi pengalaman pemilikan motosikal bagi meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap jenama Mforce.

Keseluruhan aliran penggunaan sistem, merangkumi pendaftaran akaun, penambahan motosikal serta pengemaskinian rekod servis, adalah berpandukan Manual Pengguna Diari Service Mforce yang disediakan sebagai rujukan rasmi kepada pengguna.

Menurut Mforce, pelancaran platform ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam memperkukuh perkhidmatan selepas jualan, seiring dengan pengenalan pelbagai model motosikal ke pasaran Malaysia tanpa mengetepikan sokongan jangka panjang kepada pelanggan.

Melalui pengenalan Diari Service Mforce, syarikat berharap dapat membantu pemilik motosikal mengurus rekod penyelenggaraan dengan lebih sistematik dan cekap, sekali gus menyokong penggunaan motosikal yang lebih terancang serta berasaskan maklumat. Para pelanggang boleh mengakses platform digital Diari Service Mforce menerusi pautan https://mforceservice.my/. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.