RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Januari 2026

ONEDRY Taja Dua Pelumba Negara & Perkenalkan Produk Baharu

ONEDRY, syarikat pengeluar barangan kelengkapan menunggang motosikal menjalinkan kerjasama dengan ZK Racing dengan menaja dua orang pelumba muda negara iaitu Hakim Danish dan Qabil Irfan. Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di MAEPS, Serdang sekali gus mengukuhkan komitmen jenama itu terhadap pembangunan sukan permotoran tempatan.

Kerjasama ini merupakan misi utama ONEDRY bagi mengenal pasti, memupuk dan memperkukuhkan lagi bakat anak muda supaya dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut wakil ONEDRY, pihaknya yakin bahawa Malaysia mempunyai potensi besar untuk melahirkan juara dunia pada masa hadapan. Kerjasama bersama ZK Racing dan sokongan terhadap Hakim Danish dan Qabil Irfan merupakan bukti dedikasi syarikat terhadap kecermelangan dari pelbagai bidang.

ONEDRY merupakan syarikat pengeluar barangan untuk penunggang motosikal seperti baju hujan, beg kalis air, riding gear dan aksesori motosikal. Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut memperkenalkan barisan produk baharu mereka iaitu ONEDRY Raincoat Ultra, ONEDRY Boost 1.0 Backpack (30L), ONEDRY Boost 1.0 Waist Bag (dua pilihan warna iaitu Hitam & Kelabu) dan Waist Bag Lite. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.