RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Februari 2026

Yamaha PG-1 Tampil Dengan Warna Baharu - RM6,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memeprkukuhkan kehadiran motosikal moped adventure mereka dengan memperkenalkan dua warna baharu untuk Yamaha PG-1. 

Warna-warna baharu tersebut adalah Classic Black dan Sky Blue yang boleh didapati di semua kedai pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pada 3hb Februari 2026 pada harga yang disyorkan RM6,998 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Dari segi spesifikasi enjin masih sama iaitu enjin silinder tunggal 114cc, sejukan udara SOHC yang menghasilkan kuasa 9hp pada 7,000 rpm dan tork 9.5Nm pada 5,500 rpm.

Antara kelengkapan lain seperti brek cakera tunggal di hadapan, fork teleskopik dengan pelindung habuk, rim-rim jejari, tayar hadapan & belakang 90/100-16, tinggi pelana 795mm, jarak kelegaan bumi 190mm, berat basah 107kg dan tangki bahan api 5.1 liter.

Pemilik baharu PG-1 boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 bersama pembelian mereka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.