RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Februari 2026

MODENAS Teruskan Kerjasama Strategik Bersama HyraxOil

Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memeterai Memorandum Kerjasama kali ini dengan Hyrax Oil Sdn Bhd, pengeluar minyak pelincir terkemuka yang telah berada di pasaran negara sejak 35 tahun lalu. Dengan kerjasama ini, beberapa model terpilih MODENAS akan terus menerima bekalan pelincir berkualiti daripada Hyrax Oil.

Hubungan perniagaan di antara kedua-dua syarikat gergasi ini telah terjalin lebih daripada 10 tahun dan antara faktor utama Hyrax Oil dipilih ialah kerana kepakaran syarikat ini untuk membekalkan produk pelincir yang berkualiti tnggi. Hyrax Oil juga memiliki pensijilan antarabangsa seperti !SO 9001:2015, API dan SIRIM QAS Antarabangsa.

Info: Hyrax Oil ditubuhkan pada tahun 1995 dan beropeasi di 40 buah negara seluruh dengan jumlah pengeluaran tahunan sekitar RM80 juta. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hyrax Oil, Datuk Hazimah Zainuddin menyatakan kerjasama di antara Hyrax Oil dan MODENAS ini merupakan bukti komitmen yang bertujuan memperkukuh ekosistem industri tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan menjelaskan hubungan baik MODENAS dan Hyrax Oil akan dilanjutkan berdasarkan prestasi dan kemampuan syarikat tersebut untuk memenuhi permintaan khususnya dari segi spesifikasi teknikal seperti tahap kelikatan dan aditif yang diperlukan. Aspek pematuhan standard dan kos sentiasa diutamakan bagi meletakkan jenama MODENAS ke tahap yang lebih tinggi.

Buat masa ini pelincir keluaran Hyrax Oil tidak digunakan pada semua model dari MODENAS, hanya mengikut permintaan dan kesesuaian produk dengan model-model tertentu. Namun begitu, tidak mustahil jenis pelincir dari Hyrax Oil akan ditambah dari masa ke semasa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.