RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Februari 2026

Nostalgia: Yamaha TZM150 - Pernah Jadi King

LamTak sah kalau 'Geng Motor' tak kenal dengan Yamaha TZM150. Model 'lejen' yang suatu ketika dulu menjadi kegilaan para peminat dua roda di seluruh negara sehinggakan menjadi motosikal pilihan untuk filem 'KL Menjerit 1' pada tahun 2005 yang diarahkan oleh Bade Hj. Azmi.

Yamaha TZM diperkenalkan ke pasaran negara pada tahun 1994 dan serta merta mendapat perhatian ramai. Ini disebabkan rekabentuknya yang cukup sporty dan mirip dengan Yamaha TZR250 yang ketika itu terkenal dengan prestasi yang mantap. Harganya ketika itu adalah sekitar RM10,000 dan walaupun hanya berkuasa 150cc, TZM boleh dipecut lebih daripada 200km/j.

Yamaha TZM 150 disempurnakan dengan enjin 147cc, silinder tunggal, 2 lejang yang berkuasa 35.5hp pada 10,500rpm dan tork 24.5Nm pada 9,500rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan dan ciri paling 'top' ialah sistem YPVS (Yamaha Power Valve System) yang menawarkan kuasa pecutan yang lebih padu.

Dari segi rekabentuknya, model ini ber'fairing' penuh seperti jentera perlumbaan. Lampu hadapan jenis halogen bentuk baru yang memberi suluhan terang. Tangkinya bersaiz 13 liter dan model ini didatangkan dengan kerangka Deltabox yang diinspirasikan oleh motosikal perlumbaan. Sportrim tiga-jejari juga menyumbang kepada ketangkasan dan rupa yang garang.

Spesifikasi Ringkas:

  • Tayar hadapan: 90/80/17 46S
  • Tayar belakang: 110/18 17 57S  + brek cakera
  • Saspensi hadapan: fork teleskopik
  • Saspensi belakang: lengan ayun + penyerap hentak tunggal

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.