RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Mac 2026

Honda X-ADV 2026 Dengan Pilihan Warna Baharu

Boon Siew Honda (BSH) terus perkukuhkan lagi segmen motosikal adventure mereka dengan pengenalan warna baharu untuk Honda X-ADV 2026 iaitu Matte Glare White.

Selain dengan kehadiran warna serba baharu, Honda X-ADV meneruskan komitmen Honda terhadap inovasi mesra alam dengan penggunaan bahan bioplastik Durabio™ berasaskan tumbuhan pada beberapa komponen seperti fairing dan cermin penghadang angin. bahan yang digunakan ini bukan sahaja tahan calar tetapi malah tidak memerlukan lapisan cat, sekali gus menyokong pendekatan “Circular Design” pada jenama tersebut.

Honda X-ADV 2026 Dikuasakan enjin 745cc parallel-twinyang menghasilkan 58hp pada 6,750rpm dan 69Nm pada 4,750rpm. Sistem Dual Clutch Transmission (DCT) memastikan penukaran gear lebih lancar dan mudah dikawal.

Rekabentuk hadapan diserlahkan dengan sepasang lampu LED berkembar dengan gaya "Hidden Eye" bagi menyerlahkan lagi identiti moden menerusi lampu DRL yang lebih menonjol. Model ini turut disempurnakan dengan Cruise Control, ruang penyimpanan bawah pelana seluas 22 liter dan cermin penghadang angin boleh laras.

Melengkapkan lagi pakej elektronik pada model ini termasuklan paparan meter TFT 5-inci dengan ciri Honda RoadSync, empat mod tunggangan serta dua mod USER, Honda Selectable Torque Control, Throttle-By-Wire dan sistem kunci pintar. Ciri lain seperti tangki bahan api 13.2 liter, fork USD, penyerap hentak tunggal belakang dengan sistem Pro-Link, brek cakera berkembar 296mm di hadapan dan tinggi pelana 790mm.

Model dengan pilihan warna baharu Matte Pearl Glare White ditawarkan pada harga asas bermula RM71,999. Manakala dua lagi warna sedia ada iaitu Matte Deep Mud Gray dan Graphite Black ditawarkan dengan harga asas bermula RM70,999. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.