RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 April 2026

Yamaha NVX Menang Anugerah 'Road Scooter' Terbaik 2026

Skuter popular, Yamaha NVX 155 telah menerima anugerah Skuter Jalanan Terbaik 2026 di acara 'Allianz Malaysia Motorcycle of The Year' yang dianjurkan baru-baru ini. Skuter ini mendapat pujian daripada para juri menerusi penilaian Prestasi, Rekabentuk, Teknologi dan Keselesaan.

Menurut pihak Hong Leong Yamaha Motor, kemenangan ini membuktikan NVX 155 merupakan sebuah skuter yang sesuai untuk semua jenis tunggangan tidak kira di dalam kawasan urban atau untuk perjalanan jauh.

Yamaha NVX 155 disempurnakan dengan enjin 155cc VVA, SOHC, sistem penyejuk cecair bersama teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp pada 8,000rpm dan tork 14.2Nm pada 6,500rpm.

Model ini juga ditawarkan dalam 2 varian iaitu ABS dan SP yang didatangkan Yamaha Electric CVT (Y-ECVT) yang memberikan dua jenis mod tunggangan iaitu Town (T) untuk penggunaan bahan api lebih menjimatkan dan Sport (SP) respon enjin lebih agresif. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.