RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 Julai 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar kepada antara model moped 150cc popular di Malaysia.

Varian Standard.
Varian Standard.

Bagi varian standard kini hadir dengan warna baharu iaitu Cyan Jade yang menggantikan pilihan Mecha Green. Namun, warna Aqua Violet dan Blue Spark masih dikekalkan sebagai pilihan sedia ada.

Varian SE.
Varian SE.

Sementara itu, Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) pula menerima pilihan warna eksklusif antaranya Royal Maroon. varian ini tampil dengan gaya lebih premium yang didatangkan bersama rim bewarna Gold.

Selain itu, Y15ZR SE turut didatangkan dengan Sports Visor eksklusif dan Yamaha Premium Basket bersama port pengecas USB Type-C terbina di dalam bagi memberikan kemudahan tambahan untuk kegunaan harian.

Model ini masih mengekalkan enjin silinder tunggal 150cc, SOHC, sejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum sekitar 15hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000 rpm.

Antara kelengkapan lain seperti fork hadapan jenis teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, kerangka jenis Backbone, berat 117kg, tinggi pelana 780mm, brek-brek cakera, tayar hadapan 90/80-17, tayar belakang 120/70-17, transmisi 5-kelajuan dan tangki bahan api 4.2 liter.



Yamaha Y15ZR 2026 ditawarkan pada harga disyorkan bermula RM8,998 dan untuk varian SE pula bermula RM9,498. Kesemua harga ada tanpa pendaftaran serta insurans dan model ini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 1hb Julai 2026.

Sebagai nilai tambah, setiap pembelian kedua-dua model turut didatangkan dengan Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100 secara percuma. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700