RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Julai 2026

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Selepas melancarkan Honda ADV160 di Malaysia Bike Show pada bulan Mei yang lalu, Boon Siew Honda kini memeprkenalkan versi edisi khas ADV160 yang diinspirasikan daripada watak superhero ikonik Marvel iairu Spider-Man.

Model ini menampilkan rekacorak eksklusif yang hadir dengan logo rasmi Spider-Man, jalur grafik khas dan elemen rekabentuk yang diadaptasi identiti watak tersebut ke sebuah skuter pengembaraan moden.

Walaupun hadir dangan warna dan corak baharu, model ini masih mengekalkan karakter Honda ADV160 yang dijana oleh enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) satu silinder dengan menghasilkan kuasa 15.8hp pada 8,500rpm dan tork sekitar14.7Nm pada 6,500rpm.

Model ini versi Spider-Man ini turut didatangkan bersama paparan meter TFT bersaiz 5-inci yang dilengkapi dengan sistem Honda RoadSync untuk penunggang mengakses panggilan telefon, muzik dan navigasi secara lebih mudah terus dari suis hendal.

Antara kelenkapan lain seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem ABS, Smart Key System,Emergency Stop Signal (ESS), lampu-lampu LED, Idling Stop System (ISS), soket USB Type-C, ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter dan suspensi belakang SHOWA Subtank untuk keselesaan yang lebih baik. 

Setiap pembelian Honda ADV160 Edisi Spider-Man, para pemilik akan menerima kotak hadiah premium Spider-Man Edition, botol termos LED Spider-Man Edition, penutup tangki minyak Spider-Man Edition, emblem Honda dan ADV16 serta Sijil Pemilikan bernombor siri 002 hingga 301.

Honda ADV160 Spider-Man boleh didapati di rangkaian pengedar Honda Impian X serta beberapa pengedar terpilih mulai 3 Ogos 2026. Model ini hanya dipasarkan sebanyak 300 unit sahaja dengan harga asas bermula RM14,149. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.