RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Julai 2026

MODENAS Lancar Program Z15GT Care di Seluruh Negara

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) telah melancarkan Program Z15GT Care di seluruh negara sebagai salah satu inisiatif bagi menawarkan pemeriksaan motosikal secara percuma serta bantuan selepas jualan kepada pemilik MODENAS Z15GT bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2026.

Program ini akan dilaksanakan menerusi 57 pengedar sah MODENAS terpilih di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Menerusi inisiatif ini sekali gus memudahkan pemilik Z15GT mendapatkan pemeriksaan serta sokongan teknikal dengan lebih mudah dan menyeluruh.

Menerusi program ini, pemilik MODENAS Z15GT akan menikmati pelbagai manfaat iaitu:

  • Pemeriksaan dan diagnosis motosikal secara percuma oleh juruteknik bertauliah.
  • Bantuan teknikal, pembaikan serta tuntutan waranti bagi kes yang layak.
  • Akses kepada komponen gantian dan alat ganti yang berkaitan, tertakluk kepada pengesahan teknikal serta ketersediaan stok.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MODENAS dalam meningkatkan kepuasan pelanggan disamping memperkukuh kualiti produk serta menambah baik perkhidmatan selepas jualan.

Sebagai persediaan menjayakan program ini, MODENAS telah menjalankan penilaian teknikal, sesi taklimat kepada pengedar, latihan kepada juruteknik dan perancangan bekalan alat ganti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang konsisten di semua lokasi yang mengambil bahagian. Pada masa sama, pihak syarikat akan terus bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal, kualiti, perkhidmatan dan pembekal bagi memperkukuh lagi mutu produk serta proses selepas jualan.

Sepanjang program berlangsung, maklum balas pelanggan serta hasil pemeriksaan yang diperoleh akan dianalisis sebagai sebahagian daripada usaha berterusan MODENAS dalam menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan.

Pemilik MODENAS Z15GT disaran menghubungi pengedar sah MODENAS yang mengambil bahagian bagi menetapkan temu janji pemeriksaan. Pelanggan juga dinasihatkan membawa dokumen pendaftaran motosikal serta dokumen waranti atau rekod servis yang berkaitan bagi memudahkan proses penilaian.

Senarai penuh pengedar sah yang mengambil bahagian serta maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan menerusi laman web rasmi dan saluran media sosial MODENAS.

Untuk pertanyaan lanjut, layari http://www.modenas.my, hubungi Talian Bebas Tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-5708135. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.